Blogger Templates

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 31, 2012

MAULIDUR RASUL



Assalamualaikum...

bila tiba maulidur rasul mesti lagu nasyid di atas selalu dimain... dari kecil bila lagu ini dinyanyikan disekolah untuk mengenang rasulullah sungguh hatiku berasa sayu...mesti mengalirkan air mata...terasa jauh sangat-sangat dengan insan mulia itu...

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (At-Taubah :128)

dari tafsir ayat al-quran di atas jelas menunjukkan bahawa rasulullah sangat menyayangi umat-umatnya..lantas selalukah kita bertanya akan diri kita dimanakah kita meletakkan rasulullah dalam hati kita?

Rasulullah sangat menyayangi kita...tapi kita??pernah kita tanya betapa dalam cinta kita kepada baginda? betapa hebatnya kita kita kepada baginda?apa yang kita buat sehingga kini??maksiat?berpeleseran??mengejar keduniaan?




kita selalu alpa dengan ajaran rasulullah...apabila ditanya kita umat siapa dengan pantas mengatakan umat nabi  Muhammad..namun benarkah apa yg ditutur?atau hanya dibibir sahaja?kita mengaku umat tapi mengapakah perbuatan kita tidak menggambarkan kita umat baginda?

Allah SWT telah memberi kita tempoh semenjak baligh hingga mati untuk kita berkhidmat kepada Rasulullah SAW. Berselawat ke atas baginda. Menghidupkan sunnah-sunnah baginda. Menghayati sirah perjalanan hidup baginda. Mempertahankan baginda daripada cercaan kuffar laknatullah. Meneruskan perjuangan dakwah baginda serta memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh baginda. Kita mahu jika Rasulullah masih bersama-sama dengan kita kini, baginda senyum melihat kita. Kalau kita ingat Rasulullah, Rasulullah akan ingat kita.

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107:
"....dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. "


Kelahiran baginda membawa rahmat untuk sekalian alam. Kelahiran kekasih Allah ini bagaikan cahaya yang menyinari segenap alam. Menerangi manusia yang terkapai-kapai dalam kejahilan, memandu mereka kepada makrifatullah. Bayangkan betapa besarnya rahmat ini: Sebesar rahmat seorang anak diketemukan dengan ibunya,besar lagi rahmat seorang hamba dan makhluk diketemukan dengan Penciptanya.



maka para sahabat sekalian...selalu muhasabah diri anda..cermin diri anda..dimana cinta anda kepada makhluk agung itu??