Blogger Templates

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Daisypath Friendship tickers

Saturday, June 16, 2012

ISRAK MIKRAJ


Bismillahirrahmanirrahim...

salam israk miraj kepada semua...telah masuk waktu magrib yang bersamaan dengan 27 rejab maka telah kembali kita kepada sejarah solat ditetapkan ke atas setiap individu muslim...^__^...rindu baginda rasulullah....

Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

ingt tak kisah israk miraj..kalau sebut israk miraj mesti kita akan ingt kepada dua perkara...iaitu..
1.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

rasululllah susah payah turun naik berjumpa dengan ALLAH semata-mata untuk mengurangkan kadar solat sehari2..apakah kita tidak malu pada baginda??maka para sahabat sekalian mari kita hayati kisah pengorbanan baginda kepada kita...DIRIKANLAH SOLAT ANDA!!!

wallahua'lam...

JANGAN BOHONG

Pembohong akan membohongi orang lain buat pertama kalinya dan akhirnya akan menipu diri sendiri. (Hamka)

ada pendakwah yang mungkin mengambil sikap " saya sudah sampaikan, maka selesailah tanggungjawab saya. Jangan tanya apa yang saya sendiri telah buat." 

wahai para sahabat..adakah begini sikap kita??maka saya katakan disini sikap kita adalah salah!!ALLAH berfirman :

"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)

Imam Ibnu Katsir didalam tafsirnya ada menyebutkan sepotong hadis Rasulullah. Sabda baginda:

"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia menyalahi janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."

benar wahai sahabat..kita memang terlepas daripada tanggungjawab dalam menasihati sesama muslim namun adakah tepat tugasan kita sebagai pendakwah jika kita sendiri tidak melakukan dakwah yang kita laksanakan??

andai ada yang berkata kepada kita "eleh ko pun sama je ngan aku"..maka pastikan selepas kita menasihati orang lain kita turut terikut akan nasihat yang kita berikan..maka kita akan sama-sama berubah ke arah yang lebih baik...^_^

'Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)'(Surah al-Ahzab, ayat 21)

wallahua'lam...

Saturday, April 7, 2012

AULIA ALLAH




kamu tidak dapat masuk dalam golongan aulia ALLAH sekiranya kamu tidak sanggup menukar tidurmu dengan jaga, kekayaan dengan kemiskinan, kemulian dengan kehinaan dan usaha dengan pemberian. (Bisyar al-Hafi)

para sahabatku sekalian..apakah yang cuba diterangkan melalui kata-kata di atas??sesungguhnya islam mengajar kita erti hidup bersederhana dan adalah lebih mulia jika kita zuhud..^_^

wahai sahabatku..bangunlah kalian dari lenamu dimalam hari..kerana ketika itulah waktu ALLAH paling dekat dengan kita..berdoalah apa sahaja dan rasailah kelainannya apabila anda bangun menunaikan tahajjud sahabatku...rasulullah bersabda:
“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim)


para sahabatku..infakkanlah sebanyak mungkin harta yang ada olehmu kepada orang yang selayaknya atau kepada tempat yang sewajarnya..sesungguhnya ia boleh menjadi bekalanmu di akhiran kelak...

Daripada Abu Hurairah r. a berkata : " Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. (Riwayat Bukhari dan Muslim )

wahai sahabatku..apabila kita berada dijalan ALLAH pasti banyak onak dan liku yang perlu ditempuh kerana ujian kepada hamba yang ingin mendekati penciptaNYA sangatlah hebat..namun apalah jika dibandingkan dengan caci maki,herdikan,halangan dan seumpamanya dengan ganjaran yang bakal ALLAH kurniakan kepada kita?


Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). 


maka sahabatku sekalian...bersedialah dalam menghadapi apa sekalipun keadaan yang bakal kita tempuh dan yakinlah ALLAH bersama-sama dengan kita...insyaALLAH...

wallahu a'lam...^__^

Thursday, February 2, 2012

KU PERSEMBAHKAN UNTUKMU

assalammualaikum...


alhamdulillah...dah masuk entry ke 3...ape plak tajuk kali ni ek??suka buat tajuk pelik2 la ana ni....ok kali ni ana nak bawa korg semua menjalani kisah solat ana...



firman ALLAH yang bermaksud
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Baqarah :110)

terdapat banyak sekali firman ALLAH mengenai solat di dalam kitab suci Al-quran. Malah nabi juga ada menekankan mengenai pentingnya solat pada umat-umatnya. Mari kita lihat dari satu hadits ini mengenai kelebihan orang yang bersolat.

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).


ana mula solat pada awal usia 7 tahun...ayah ana memang suruh menghafal al-fatihah dah masa tu...memang takut dengan ayah masa tu...ayah garang..kalau xhafal betul dia marah lew...kena solat depan ayah lagi... dari dulu ayah memang suka solat berjemaah dengan satu keluarga kat ruang tamu... masa tu kecil so suka la ikut-ikut tengak ibu ayah kakak dan abang solat jemaah...


tapi bila dah injak besar sikit dalam 9-11 tahun dah mula malas solat...dibelakang pengtahuan ibu dan ayah selalu sangat skip solat...bila ibu tanya dah solat jawab dah...sekali terkantoi sebab ayh tengah telekung dan sejadah xberubah..jadi sejak tu bila masuk waktu ana terus masuk bilik..duduk atas katil..sentuh-sentuh sikit sejadah dah telekung...lucu sangat bila fikir balik..


bila umur 12 tahun..ana baligh...hari sebelum ambil keputusan upsr...sejak itu ana tidak tinggalkan solat lagi walau apa pn yang terjadi...sebab ana tahu sejak itu ana sendiri yang menanggung dosa meninggalkan solat... prinsip ana ketika itu " buatlah jahat macam mana pun tetapi solat jangan ditinggalkan".. dulu ana rasa asal ana solat tidak mengapa ana melakukan kesalahan... 


sememangnya prinsip itu ana pegang kemas...tidak sanggup ana meninggalkan solat biar apa sekali pn ana buat...pada ana selagi ana tidak meninggalkan ALLAH selagi itu ALLAH tidak meninggalkan ana.... orang melihat ana pelik..pakai baju body fit tapi tetap masuk solat... ana tidak kisah..janji ana solat...

alhamdulillah...ana semakin sayang dengan solat yang dilakukan...maka ana mula mencari punca kenapa ana masih melakukan perkara-perkara terlarang...suatu hari ketika di matrikulasi ana melihat suatu hadits ini..



" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

daripada hadits di atas ana terfikir pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solatku...semenjak itu ana cuba mencari jalan untuk menyempurnakan solat ana...ana mencari buku-buku mengenai solat..ana mencari ustaz dan ustazah untuk bertanya mengenai solat... malah ketika itu ana belajar untuk mendirikan solat-solat sunat seperti taubat,hajat, istikarah dan tahajjud... 

syukur kehadrat ilahi...solat kini banyak merubah hidup ana...bertambah kecintaan kepada ALLAH dan rasulnya melalui solat..pengharapan dan keyakinan yang hanya pada YANG MAHA ESA... 

para sahabat sekalian...marilah kita menuju ALLAH...perbaikilah dan sempurnakanlah solat kita agar solat-solat kita diterima ALLAH dan bukan hanya sekadar perbuatan turun dan naik sahaja...

Wednesday, February 1, 2012

kau dan aku



assalamualaikum...

haaa..mesti korg pelikkan tajuk entry ana yg kedua ni??ada tak dalam hati terdetik ni nak bercakap soal cinta ke??ok kali ni ana nak bawa korang mendalami kisah ana sendiri...kisah pengalaman hidup ana..pahit getir perubahan...kisah percintaan dengan tuan empunya nafas ni...

dalam hidup ni xda siapa yang menduga ana akan berubah jadi mcm ni...malah ana sendiri xpernah terduga akan menjadi seorang wanita ala-ala arab gitu...


benarlah firman ALLAH yg bermaksud
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.(Surah al-An’am ayat 125)

siapa kata minah rempit xleh berubah?siapa kata bohsia xleh berubah?siapa kata pelacur xleh berubah??ALLAH lebih tahu ape yang kamu tidak ketahui..mereka yang disebut di atas barangkali boleh menjadi lebih mulia dari insan yang mulia ketika ini...

jadi kepada yang nak berubah tu..dah terlintas hati nak berubah jangan ditangguh-tangguh...perasaan untuk menangguh itu perasaan yang dihadirkan oleh syaitan...hari sebelum ana ambil keputusan untuk bertudung labuh, ana sempat g karok dulu...karok kat kenduri kesyukuran kalau tak salah..bayangkan masyarakat sekarang..masa kenduri kesyukuran pun ada karaoke...

jangan ditanya kenapa dan mengapa ana berubah...demi ALLAH ana tiada jawapan untuk itu...PERUBAHAN ITU MUDAH TAPI ISTIQOMAH YANG SUSAH...istiqomah itu lebih mulia dari seribu karomah...

andai ada diluar sana yang takut ditinggalkan sahabat-sahabat hanya kerana ingin berubah ke arah kebaikan..maka biarkan...biarkan jika sahabat meninggalkan kamu...percayalah ALLAH akan hadirkan kepada kamu sahabat yang lebih baik yang kamu miliki...kamu harus kuat dengan tomahan...tegakkan pegangan kamu..tanam dalam diri aku benar-benar ingin mencari ALLAH...maka insyaALLAH kamu akan dipandu ke arah itu...jangan sesekali mengundur kebelakang...ALLAH pasti bantu insyaALLAH...

firman ALLAH yang bermaksud
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(Surah Al-Ankabut:ayat 69)




andai kata kamu takut apabila kamu berubah kemudian kamu kembali kepada keadaan yang lama...jangan juga kamu khuatir...mengorak sahaja langkah kamu kedepan dengan berani...andai benar kamu kembali kepada yang lama.. maka jangan sesekali kamu redha dengan perbuatan itu..tanam dalam hati bahawa kamu pasti akan kembali mencari jalan untuk mendekat diri kepada ALLAH....benar kata orang andai ingin berubah biarlah berubah dengan sebenar-benarnya..namun kita manusia yang lemah...TETAPI jangan menjadikan itu sebagai alasan...maka berdoalah agar diberikan pertolongan dari ALLAH..

firman ALLAH yang bermaksud
“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

bagi yang berjaya mengekalkan istiqomah...ALHAMDULILLAH..
syukur ke hadrat ALLAH...tapi jangan merasa lega...pasti anda akan di uji.. setiap berubahan mendekati ALLAH pasti akan diuji..cuma ujian sahaja yang berbeza-beza...sabarlah menghadapi ujian..


Fimran ALLAH yang bermaksud
“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)


jadi para sahabat sekalian..marilah kita berusaha menggerakkan diri kita ke arah mencari redha ALLAH..kalau nak cari redha manusia ni penat...semoga ALLAH mengekalkan ana dan yang ain dalam cahaya keislaman...


"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami,dan kurniakanlah kami rahmat dr sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…."
"Ya Allah...matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"


Tuesday, January 31, 2012

MAULIDUR RASUL



Assalamualaikum...

bila tiba maulidur rasul mesti lagu nasyid di atas selalu dimain... dari kecil bila lagu ini dinyanyikan disekolah untuk mengenang rasulullah sungguh hatiku berasa sayu...mesti mengalirkan air mata...terasa jauh sangat-sangat dengan insan mulia itu...

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (At-Taubah :128)

dari tafsir ayat al-quran di atas jelas menunjukkan bahawa rasulullah sangat menyayangi umat-umatnya..lantas selalukah kita bertanya akan diri kita dimanakah kita meletakkan rasulullah dalam hati kita?

Rasulullah sangat menyayangi kita...tapi kita??pernah kita tanya betapa dalam cinta kita kepada baginda? betapa hebatnya kita kita kepada baginda?apa yang kita buat sehingga kini??maksiat?berpeleseran??mengejar keduniaan?




kita selalu alpa dengan ajaran rasulullah...apabila ditanya kita umat siapa dengan pantas mengatakan umat nabi  Muhammad..namun benarkah apa yg ditutur?atau hanya dibibir sahaja?kita mengaku umat tapi mengapakah perbuatan kita tidak menggambarkan kita umat baginda?

Allah SWT telah memberi kita tempoh semenjak baligh hingga mati untuk kita berkhidmat kepada Rasulullah SAW. Berselawat ke atas baginda. Menghidupkan sunnah-sunnah baginda. Menghayati sirah perjalanan hidup baginda. Mempertahankan baginda daripada cercaan kuffar laknatullah. Meneruskan perjuangan dakwah baginda serta memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh baginda. Kita mahu jika Rasulullah masih bersama-sama dengan kita kini, baginda senyum melihat kita. Kalau kita ingat Rasulullah, Rasulullah akan ingat kita.

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107:
"....dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. "


Kelahiran baginda membawa rahmat untuk sekalian alam. Kelahiran kekasih Allah ini bagaikan cahaya yang menyinari segenap alam. Menerangi manusia yang terkapai-kapai dalam kejahilan, memandu mereka kepada makrifatullah. Bayangkan betapa besarnya rahmat ini: Sebesar rahmat seorang anak diketemukan dengan ibunya,besar lagi rahmat seorang hamba dan makhluk diketemukan dengan Penciptanya.



maka para sahabat sekalian...selalu muhasabah diri anda..cermin diri anda..dimana cinta anda kepada makhluk agung itu??