Blogger Templates

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Daisypath Friendship tickers

Saturday, April 7, 2012

AULIA ALLAH




kamu tidak dapat masuk dalam golongan aulia ALLAH sekiranya kamu tidak sanggup menukar tidurmu dengan jaga, kekayaan dengan kemiskinan, kemulian dengan kehinaan dan usaha dengan pemberian. (Bisyar al-Hafi)

para sahabatku sekalian..apakah yang cuba diterangkan melalui kata-kata di atas??sesungguhnya islam mengajar kita erti hidup bersederhana dan adalah lebih mulia jika kita zuhud..^_^

wahai sahabatku..bangunlah kalian dari lenamu dimalam hari..kerana ketika itulah waktu ALLAH paling dekat dengan kita..berdoalah apa sahaja dan rasailah kelainannya apabila anda bangun menunaikan tahajjud sahabatku...rasulullah bersabda:
“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim)


para sahabatku..infakkanlah sebanyak mungkin harta yang ada olehmu kepada orang yang selayaknya atau kepada tempat yang sewajarnya..sesungguhnya ia boleh menjadi bekalanmu di akhiran kelak...

Daripada Abu Hurairah r. a berkata : " Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. (Riwayat Bukhari dan Muslim )

wahai sahabatku..apabila kita berada dijalan ALLAH pasti banyak onak dan liku yang perlu ditempuh kerana ujian kepada hamba yang ingin mendekati penciptaNYA sangatlah hebat..namun apalah jika dibandingkan dengan caci maki,herdikan,halangan dan seumpamanya dengan ganjaran yang bakal ALLAH kurniakan kepada kita?


Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). 


maka sahabatku sekalian...bersedialah dalam menghadapi apa sekalipun keadaan yang bakal kita tempuh dan yakinlah ALLAH bersama-sama dengan kita...insyaALLAH...

wallahu a'lam...^__^