Blogger Templates

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Daisypath Friendship tickers

Thursday, February 2, 2012

KU PERSEMBAHKAN UNTUKMU

assalammualaikum...


alhamdulillah...dah masuk entry ke 3...ape plak tajuk kali ni ek??suka buat tajuk pelik2 la ana ni....ok kali ni ana nak bawa korg semua menjalani kisah solat ana...



firman ALLAH yang bermaksud
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Baqarah :110)

terdapat banyak sekali firman ALLAH mengenai solat di dalam kitab suci Al-quran. Malah nabi juga ada menekankan mengenai pentingnya solat pada umat-umatnya. Mari kita lihat dari satu hadits ini mengenai kelebihan orang yang bersolat.

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).


ana mula solat pada awal usia 7 tahun...ayah ana memang suruh menghafal al-fatihah dah masa tu...memang takut dengan ayah masa tu...ayah garang..kalau xhafal betul dia marah lew...kena solat depan ayah lagi... dari dulu ayah memang suka solat berjemaah dengan satu keluarga kat ruang tamu... masa tu kecil so suka la ikut-ikut tengak ibu ayah kakak dan abang solat jemaah...


tapi bila dah injak besar sikit dalam 9-11 tahun dah mula malas solat...dibelakang pengtahuan ibu dan ayah selalu sangat skip solat...bila ibu tanya dah solat jawab dah...sekali terkantoi sebab ayh tengah telekung dan sejadah xberubah..jadi sejak tu bila masuk waktu ana terus masuk bilik..duduk atas katil..sentuh-sentuh sikit sejadah dah telekung...lucu sangat bila fikir balik..


bila umur 12 tahun..ana baligh...hari sebelum ambil keputusan upsr...sejak itu ana tidak tinggalkan solat lagi walau apa pn yang terjadi...sebab ana tahu sejak itu ana sendiri yang menanggung dosa meninggalkan solat... prinsip ana ketika itu " buatlah jahat macam mana pun tetapi solat jangan ditinggalkan".. dulu ana rasa asal ana solat tidak mengapa ana melakukan kesalahan... 


sememangnya prinsip itu ana pegang kemas...tidak sanggup ana meninggalkan solat biar apa sekali pn ana buat...pada ana selagi ana tidak meninggalkan ALLAH selagi itu ALLAH tidak meninggalkan ana.... orang melihat ana pelik..pakai baju body fit tapi tetap masuk solat... ana tidak kisah..janji ana solat...

alhamdulillah...ana semakin sayang dengan solat yang dilakukan...maka ana mula mencari punca kenapa ana masih melakukan perkara-perkara terlarang...suatu hari ketika di matrikulasi ana melihat suatu hadits ini..



" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

daripada hadits di atas ana terfikir pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solatku...semenjak itu ana cuba mencari jalan untuk menyempurnakan solat ana...ana mencari buku-buku mengenai solat..ana mencari ustaz dan ustazah untuk bertanya mengenai solat... malah ketika itu ana belajar untuk mendirikan solat-solat sunat seperti taubat,hajat, istikarah dan tahajjud... 

syukur kehadrat ilahi...solat kini banyak merubah hidup ana...bertambah kecintaan kepada ALLAH dan rasulnya melalui solat..pengharapan dan keyakinan yang hanya pada YANG MAHA ESA... 

para sahabat sekalian...marilah kita menuju ALLAH...perbaikilah dan sempurnakanlah solat kita agar solat-solat kita diterima ALLAH dan bukan hanya sekadar perbuatan turun dan naik sahaja...

No comments:

Post a Comment